29 Julai – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Melaka telah menyaring seramai enam guru berkelayakan untuk mendidik anak-anak di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Autisme.
Pengarah KEMAS Melaka, Asri Saleh berkata pihaknya bagaimanapun masih dalam usaha menambah bilangan guru berkenaan berikutan respon diterima daripada ibu bapa memiliki anak istimewa itu adalah sangat baik.
“Insya-Allah tahun hadapan kita akan mulakan kelas Tabika kanak-kanak autisme ini seperti saranan Kerajaan Negeri.
“Untuk pemilihan guru kita sudah saring awal mengikut kelayakan mereka, sudah tentu guru ini perlu ada ijazah pendidikan dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#KEMAS
#Tabika
#autisme
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV