28 Julai – Jasin Development Initiative (JDI) yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dapat mempercepat kelulusan pemajuan sesuatu projek lebih cepat berbanding sebelum ini.
Yang Dipertua MPJ Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, berbanding kaedah konvensional, JDI dapat membantu kelulusan pelan pemajuan sesuatu projek dalam tempoh 29 hari sahaja.
Selain itu, ujar beliau, antara kelebihan JDI adalah pihaknya akan mengadakan pra rundingan bersama agensi teknikal selain pemaju atau pelabur juga boleh berunding dengan MPJ selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum mengemukakan permohonan penuh.
Pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Julai 2024 baru-baru ini, MPJ telah menerima sijil anugerah inspektorat khas dan sijil ISO disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#MPJ
#MajlisPerbandaranJasin
#JDI
#jasindevelopmentinitiative
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV