28 Julai – Penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) bakal menggamatkan lagi Festival D’Bendang Melaka 2024.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis berkata, seramai lebih 150 usahawan akan turut serta dalam program tersebut selama tiga hari bermula pada 9 Ogos depan melibatkan usahawan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
“Walaupun ini hanya Mini KUD tetapi ia meriah apabila mendapat sambutan menggalakkan apabila dimaklumkan sudah ada lebih 150 usahawan bukan sahaja dari Melaka tetapi dari luar yang ingin bersama-sama sertai program jualan.
“Malah, usahawan di bawah KKDW seperti dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan turut serta pada karnival ini.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#Karnival
#dbendang
#SungaiRambai
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV