28 Julai – Belia disaran memainkan peranan dalam kepimpinan yang berdaya saing supaya mampu menjadi ‘booster leader’ dalam membangunkan negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, konsep ‘booster leader’ perlu diterapkan terutama dalam setiap pertubuhan belia di negeri ini agar mesej dan pelaksanaan inisiatif kerajaan terus mendapat perhatian golongan muda.
Katanya, hasrat itu sekali gus membuka mata dan minda golongan itu bagi menangkis segala fahaman negatif terutama dalam media sosial.
“Saya menyeru kepada anak muda supaya perlu menjadi ‘booster leader’ dengan berganding bahu bersama-sama memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri bagi mewajah baharukan negeri ini.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#booster
#gb4b
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#BeliaMelaka
#belia4b
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV