Pulih Semula Anak Syarikat Kurang Memberangsangkan

25 Julai – Anak syarikat Kerajaan Negeri yang menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan perlu melakukan penambahbaikan daripada aspek pengurusan dan perniagaan agar mampu menjana pendapatan sendiri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sebanyak 54 anak syarikat dikenal pasti menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan berdasarkan hasil saringan Retreat Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2024 baru-baru ini.

Katanya, menjadi hasrat beliau untuk melihat syarikat berkenaan berdikari, seterusnya memberikan pulangan yang baik kepada Kerajaan Negeri.

“Sudah tentu ada indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan, kita kena lihat semua sudut supaya pentadbiran anak-anak syarikat ini diuruskan mengikut tatakelola yang sebaiknya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri bagi Bulan Julai 2024 dan Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Alamanda Jasin, hari ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#HariBertemuRakyat
#PerhimpunanBulanan
#Melaka
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

5 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy