Melaka Negeri Pertama Siri Lawatan Kerja Yang Dipertua Dewan Rakyat

23 Julai – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menerima kunjungan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dipejabatnya, di Seri Negeri, hari ini.

Turut serta pada pertemuan itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad.

Terdahulu, Johari tiba di pejabat Ab Rauf pada jam 12.30 tengah hari dan pertemuan tersebut berlangsung kira-kira hampir dua jam.

Pertemuan tersebut merupakan siri lawatan kerja Johari ke DUN di Semenanjung Malaysia sempena Pra-Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 yang dijadualkan berlangsung pada September depan.

Hasil pertemuan itu dimaklumkan terdapat perbincangan untuk saling bertukar pandangan selain mengenal pasti cabaran pengurusan sidang DUN Melaka dalam usaha memperkasakan institusi legislatif negara.

Antara lain yang turut dibincangkan adalah mengenai bagaimana Melaka boleh menjadi lokasi tumpuan untuk perkembangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memandangkan Melaka merupakan negeri mesra pelabur.

Pertemuan itu turut menyentuh mengenai Melaka sebagai negeri pelancongan yang turut menyumbang dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) selain menyentuh secara asas mengenai isu nasional dan pelbagai lagi.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Speaker
#SpeakerDewanRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#KerajaanNegeriMelaka
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

7 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy