Ronda Dua Daerah, Pantau Kualiti Perkhidmatan Telekomunikasi Melaka

16 Julai – Kerajaan Negeri, hari ini mengadakan rondaan sepanjang dua daerah dengan jarak 79 kilometer sempena Program Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular Negeri Melaka.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Melaka bersama lima syarikat penyedia rangkaian perkhidmatan mudah alih terlibat.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, ujian itu untuk menguji kualiti panggilan suara serta mutu rangkaian internet.

Katanya, selain mengenal pasti kawasan yang mempunyai liputan rendah, ia sekali gus dapat menambah baik kualiti perkhidmatan telekomunikasi negeri ini selaras hasrat Kerajaan Negeri.

“Menerusi ujian ini kita menumpukan kepada isu panggilan suara, ‘dropped call’, internet dan pelbagai lagi pada jalan perhubungan utama yang menghubungkan antara daerah Alor Gajah dan Jasin.

“Perjalanan ujian ini bermula daripada Rembia, Sungai Petai, Selandar seterusnya ke Batang Melaka, Jus, Felda Bukit Senggeh, Simpang Bekoh dan Asahan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv 

#telekomunikasi
#MCMC
#internet
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

11 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy