16 Julai – “Jangan terlalu berpolitiklah,” itu kata Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Dr. Mohd Aleef Yusof yang mencabar Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Jelasnya, tindakan itu adalah satu perkara yang remeh dan tidak memberi keuntungan kepada rakyat.
“Saya tidak faham apa yang Adun Sungai Udang ini fikir. Bagi saya selaku wakil rakyat yang sudah berkhidmat lebih dua tahun sepatutnya banyak lagi agenda rakyat yang perlu diselesaikan,” katanya.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#Politik
#ADUNMelaka
#SungaiUdang
#ADUNAsahan
#UMNO
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV