Ganjaran ‘Extra’ Untuk Atlet Muay Thai Melaka

16 Julai – Atlet Muay Thai Negeri Melaka yang cemerlang dalam gelanggang pada aksi Sukan Malaysia Ke-21 (Sukma XXI) Sarawak, Ogos ini bakal menerima ganjaran tambahan.

Mengulas lanjut perkara itu Exco Belia, Sukan dan NGO Melaka, VP Shanmugam berkata, habuan RM10,000 menanti atlet Muay Thai menyumbang emas, perak (RM6,000) dan gangsa (RM3,500).

Katanya, habuan besar menanti atlet Muay Thai selepas bapa angkat kepada sukan berkenaan iaitu Khoo Poay Tiong iaitu Ahli Perlimen Kota Melaka mengumumkan ganjaran tambahan daripada beliau sendiri sebagai menghargai mereka yang cemerlang pada Sukma XXI.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MuayThai
#Sukma
#Sukan
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

9 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy