Teater Muzikal Hikayat Hang Tuah,Pupuk Rasa Bangga Dengan Sejarah

14 Julai – Teater muzikal Hikayat Hang Tuah ‘Ampun Tuanku, Titah Dijunjung’ arahan Lokman Ghani yang mengangkat kisah kehebatan Hang Tuah berjaya memukau penonton di Encore Melaka, malam tadi.

Pementasan teater itu pada perasmian Melaka Heritage Festival 2024 itu sempena Ulang Tahun Ke-16 Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika berucap berkata, pementasan teater itu digarap dari naskhah Hikayat Hang Tuah, iaitu manuskrip terawal tahun 1758.

Teater ini mengisahkan beberapa sorotan ketika Hang Tuah 5 bersaudara kecil sehingga dewasa dan lahirnya seorang laksamana dan pembesar yang bijaksana.

“Kata-kata akhirnya ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’ merupakan kata keramat yang meniti di bibir-bibir kita hingga ke hari ini,” tambahnya.

🎥 Aufa ‘Izzati

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv 

#HangTuah
#HikayatHangTuah
#AmpunTuanku
#TitahDijunjung
#MelakaHeritageFestival2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

24 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy