Lebih Banyak Program PERZIM, Lebih Meriah

14 Julai –  Produk di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung apabila kesemua lima muzium yang dibuka sempena Program Melaka Bila Larut Malam dikerumuni ramai.

Pengurus Besar Perzim, Erne Hamsah berkata, pihaknya juga menambah lebih banyak program di lima muzium terlibat antaranya Muzium Rakyat, Muzium Belia, Muzium Sejarah dan Etnografi, Muzium Samudera, Muzium Istana Kesultanan Melaka dan Muzium Rakyat.

Tambahnya, kelainan pada edisi Julai Program Melaka Bila Larut Malam adalah dengan menggabungkan program Car Free Zone dan Sambutan Ulang Tahun Ke-16 Sempena Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

🎥 Hasbullah Azhar

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv 

#PERZIM
#MelakaNightlife
#BilaLarutMalam
#muzium
#PelanconganMelaka
#TahunMelawatMelaka2024
#VisitMelaka2024
#TMM2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

27 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy