Hampir 5,000 Pengunjung Nikmati Melaka Bila Larut Malam

14 Julai – Hampir 5,000 pengunjung dan pelancong telah menikmati tawaran istimewa Melaka Bila Larut Malam Edisi Julai yang diadakan malam tadi.

Jumlah itu hasil pengiraan data pelawat di lapan produk pelancongan seperti Melaka River Cruise, Zoo Melaka, Malaysia Heritage Studio, Zoo Melaka, Muzium Penjara, Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Panggung Bangsawan dan banyak lagi.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah mengadakan ‘walkabout’ ke tempat-tempat pelancongan yang menyertai inisiatif Bila Larut Malam.

Ketua Menteri sempat beramah-mesra dengan pengunjung dan pelancong yang hadir, di samping menyantuni peniaga dan pengayuh beca.

🎥 Hasbullah Azhar

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv 

#MelakaNightlife
#BilaLarutMalam
#PelanconganMelaka
#TahunMelawatMelaka2024
#VisitMelaka2024
#TMM2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy