Melaka Terima 7.7 Juta Pelancong Setakat Jun

11 Julai – Seramai 7.7 juta pengunjung dan pelancong direkodkan setakat separuh tahun pertama, tahun ini sempena penganjuran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, jumlah itu direkodkan daripada 1 Januari hingga 30 Jun 2024, yang mana ia menunjukkan bahawa sasaran ditetapkan Kerajaan Negeri kini sudah hampir direalisasikan.

Jelas beliau, mengikut data yang diterima, daripada 7.7 juta pelancong dan pengunjung direkodkan, ia merangkumi 6.6 juta pelancong dan pengunjung domestik, manakala baki 1.1 juta pula merupakan pelancong luar negara.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#VisitMelaka2024
#TahunMelawatMelaka2024
#TMM2024
#pelancong
#melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy