Car Free Zone Melaka Kenal Pasti 6 Lokasi Parkir Bertingkat

11 Julai – Kerajaan Negeri mengenal pasti enam lokasi cadangan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat jenis mekanikal.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, inisiatif itu bagi menambah lagi kemudahan parkir kenderaan di kawasan tumpuan pelancong, Banda Hilir itu.

Katanya, antara tapak cadangan berkenaan termasuklah kawasan satu dan dua di Taman Kota Laksamana, Jalan Kampung Hulu, Jalan Banda Kaaba, Taman larangan (Hadapan Muzium Istana) dan Jalan Melaka Raya 12.

Mengikut rekod, sebanyak 1.23 juta pelancong dan pengunjung direkodkan memasuki dalam kawasan Zon Bebas Kenderaan (Car Free Zone) sejak mula diperkenalkan pada Ogos tahun lalu.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Parkir
#ParkirBertingkat
#CarFreeZone
#ZonBebasKenderaan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

24 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy