MyKiosk Berpusat Pertama di Melaka

10 Julai – Kerajaan Negeri Melaka menerusi Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan akan menempatkan kios jualan khas dinamakan MyKiosk Berpusat di Paya Rumput.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, inisiatif itu menghimpunkan para peniaga dan penjaja di satu kawasan perniagaan baharu.

Mengikut rekod, Kerajaan Negeri Melaka menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan lebih 140 unit kiosk jualan khas buat peniaga kecil di seluruh negeri Melaka.

Bagi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), terdapat sebanyak 37 unit MyKiosk, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pula 30 unit, diikuti Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebanyak 47 unit dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 30 unit.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MyKiosk
#Melaka
#kios
#peniaga
#penjaja
#mbmb
#mpag
#mphtj
#mpj
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

18 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy