Masuk Percuma Untuk Murid, Pelajar Sekolah Melaka Ke Pameran Hang Tuah

4 Julai – Murid dan pelajar sekolah seluruh Melaka kini boleh berkunjung ke Pameran Hang Tuah sedang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, secara percuma.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, selain kemasukan percuma untuk murid dan pelajar, sekolah seluruh Melaka yang menganjurkan lawatan ke pameran itu turut diberikan insentif RM100.

“Saya menggalakkan ibu bapa, guru-guru, murid dan pelajar seluruh Melaka gunakan kesempatan yang ada untuk melawat pameran sedang berlangsung bagi melihat sendiri penemuan, fakta serta artifak baharu mengenai kehebatan Hang Tuah.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PameranHangTuah
#HangTuah
#pameran
#mitc
#sekolah
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

32 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy