Melaka Sasar 400 Syarikat Terajui Perusahaan Eksport

2 Julai – Kerajaan Melaka menyasarkan sebanyak 400 syarikat akan berdaftar di bawah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menerajui perusahaan eksport pada masa akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini, sebanyak 268 syarikat sudah berdaftar dan dijangka jumlah itu akan terus bertambah menerusi penganjuran Hari Eksport 2024 yang berlangsung selama dua hari di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula hari ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MATRADE
#HariEksport2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

6 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy