2 Julai – Melaka akan terus memperkukuh kerjasama dengan Indonesia dalam usaha memartabatkan warisan seni dan budaya yang telah dijalin sejak sekian lama.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuk usaha memartabatkan kembali sejarah laluan jalur rempah nusantara yang menjadikan negeri ini tersohor sebagai pusat perdagangan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Jelas Ketua Menteri, Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha yang dilaksanakan republik itu, sekali gus mengangkat kembali sejarah kegemilangan nusantara untuk diwariskan kepada generasi muda.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#JalurRempah
#Melaka
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV