Teater Warisan, Sejarah Diteruskan

1 Julai – Slogan ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ diharap menjadi ilham buat semua penggiat seni dan rakyat Melaka untuk terus mengangkat sejarah dan warisan Negeri Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sejarah dan warisan yang ada di Melaka perlu diwariskan kepada generasi bangsa masa hadapan.

Katanya, pementasan Teater Hikayat Hang Tuah ‘Ampun Tuanku Titah Dijunjung’ juga secara tidak langsung membangkitkan semula semangat perjuangan Hang Tuah dan mengimbau perjalanan beliau sebagai pahlawan Melaka yang cukup hebat.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#HangTuah
#teater
#HikayatHangTuah
#AmpunTuankuTitahDijunjung
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

7 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy