1 Julai – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.
Dalam kunjungan itu, kedua-duanya saling berbincang mengenai sektor penternakan dan pembenihan ikan air tawar di negeri ini bagi membantu meningkatkan projek agromakanan di Melaka.
Kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan Kerajaan Negeri itu merupakan inisiatif ‘Quick Win’ bagi pembangunan sektor itu.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#KPKM
#SeriNegeri
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV