NTW 2024: ‘Grooming’ Tenaga Mahir Berkualiti, Memacu Industri

26 Jun – Seramai 10,000 rakyat Melaka dalam pelbagai bidang menyertai Minggu Latihan Kebangsaan 2024 (NTW 2024) Peringkat Negeri Melaka yang diadakan selama seminggu bermula 24 Jun lalu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, NTW 2024 memberi pelbagai manfaat kepada negeri antaranya menyediakan kursus dan latihan secara percuma dalam melahirkan lebih ramai pekerja mahir dan separa mahir.

Menurutnya, dalam tempoh seminggu, lebih 200 program telah dianjurkan di seluruh negeri antaranya seminar, bengkel dan latihan berasaskan teknologi kepada peserta.

“Seperti mana yang kita tahu, Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh amat mementingkan aspek pelaburan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#NTW2024
#NationalTrainingWeek2024
#MISDEC
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy