Melaka Peruntuk RM50,000 ‘Belanja’ Durian Percuma

22 Jun – Pelbagai tarikan menarik disediakan kepada pengunjung Melaka Agrofest 2024 antaranya gerai pameran dan jualan produk pertanian serta perladangan, selain acara utama iaitu ‘Kendurian’ atau kenduri durian.

Lebih istimewa, Kerajaan Negeri Melaka turut memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi menjamu durian secara percuma kepada pengunjung acara tersebut.

Pengarah Pertanian Negeri Melaka Rozli Azizi Talib berkata, dianggarkan sebanyak lima hingga enam tan durian daripada varieti kampung dan kampung premium disediakan untuk program berkenaan, yang mana ia akan dipekkan sebelum diagih kepada orang ramai.

“Signifikannya, acara ini diadakan memandangkan Jun merupakan musim durian di seluruh negara. Jadi, ia berupaya menjadi acara tarikan kepada orang ramai, termasuk pelancong yang datang ke Melaka,” katanya.

Melaka Agrofest 2024 yang dahulunya dikenali sebagai Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Melaka menyasarkan nilai jualan RM1 juta dalam tempoh tiga hari, bermula semalam.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MelakaAgrofest
#Peladang
#Pertanian
#agrofest
#melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

27 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy