Gema Alunan Selawat di Dataran Sejarah

23 Jun – Malam Melaka Berselawat & Ceramah Perdana di Dataran Sejarah malam tadi dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 10,000 umat Islam.

Alunan selawat daripada Kumpulan Qasidah Ahbabusham mengajak umat Islam untuk mengalunkannya bersama.

Turut diundang bagi menyampaikan ceramah perdana adalah penceramah bebas Harryanto Rizal Rokman atau dikenali sebagai ustaz Harry.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh dan Pengarah Pertanian Negeri Melaka, Rozli Azizi Talib.

Malam Melaka Berselawat itu anjuran Jabatan Pertanian Negeri Melaka sempena Melaka Agrofest 2024 bermula Jumaat hingga Ahad.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MelakaBerselawat
#Selawat
#Melaka
#melakaagrofest2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

9 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy