Hasil Tangan Bakul Rotan Diketengahkan di Melaka Agrofest 2024

21 Jun – Meneruskan tradisi nenek, Habibah Aziz, 72 tahun mengusahakan pelbagai produk kraftangan berasaskan rotan yang mempunyai peminatnya tersendiri sejak dahulu lagi.

Habibah ketika ditemui menyatakan rasa teruja dapat mempamerkan hasil kraftangannya itu pada Melaka Agrofest 2024 selama tiga hari bermula hari ini di Dataran Sejarah Ayer Keroh.

Kata Habibah, antara produk kraftangan berasaskan rotan yang dihasilkan adalah seperti bakul, alas pinggan, bekas telur, dan macam-macam lagi.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#rotan
#Melaka
#kraftangan
#melakaagrofest2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

21 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy