Korban DUN Tanjung Bidara Semarak Nilai Kebersamaan

18 Jun – “Tahun ini lagi meriah,” itu kata penduduk kampung yang menyertai Ibadah Korban Berkelompok Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, hari ini.

Bukan sahaja golongan lelaki berusia bahkan program tahunan sempena Hari Raya Aidiladha itu turut melibatkan anak muda dan kaum hawa.

Acara tahunan itu dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama lebih 500 penduduk kampung.

Menariknya, sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, sebanyak 26 ekor lembu telah ditumbangkan di DUN berkenaan.

Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv

#Aidiladha
#Korban
#KampungPulau
#KorbanBerkelompok
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy