Menang Proton X50, Rezeki ‘Aidiladha’ Remaja Baru Dapat Lesen

16 Jun – Seorang remaja dapat memandu pulang sebuah Proton X50 dengan hanya bercuti ke Melaka dan memeriahkan tiga acara besar yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Muhammad Danish Russidi, 18 tahun yang berasal dari Bukit Raja, Selangor apabila namanya dipilih Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Cabutan Bertuah Sempena Pameran Hang Tuah, Pameran Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 di Dataran MCORP, hari ini.

Muhammad Danish yang merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama sekali tidak menyangka dirinya akan menjadi insan paling bertuah daripada puluhan ribu pengunjung yang membanjiri MITC sejak Jumaat.

Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv

#cabuanbertuah
#pameranhangtuah
#malaysiabikeweek
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

32 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy