Lebih 3,000 Pengunjung Meriahkan Pameran Hang Tuah

15 Jun – Lebih 3,000 pengunjung direkodkan mengunjungi Pameran Hang Tuah yang dibuka sejak 10 Jun lalu.

Pameran yang berlangsung sehingga 7 Julai depan menawarkan pelbagai pendedahan menarik tentang peribadi pahlawan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pameran itu menonjolkan penemuan-penemuan baharu tentang kehebatan dan kebijaksanaan pahlawan Melayu Melaka.

“Rakyat perlu meneroka keperibadian dan kemampuan Laksamana Hang Tuah ini menjadi ahli diplomatik yang cukup hebat pada kurun ke-15,” katanya.

Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv

#PameranHangTuah
#pameran
#hangtuah
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

23 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy