‘Bike Week’ Meriahkan TMM2024

15 Jun – Penganjuran Malaysia Bike Week Melaka 2024 secara tidak langsung mengangkat Melaka sebagai hab destinasi pelancongan yang unggul berasaskan permotoran di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif penganjuran program tersebut memberi impak yang positif khususnya kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik turut diatur khas untuk peminat-peminat dunia permotoran, antaranya, pameran motosikal, Motor Drift, Bike Show dan cabutan bertuah yang mana hadiah utama berupa sebuah Proton X50 selain 10 motorsikal.

Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv

#MalaysiaBikeWeek
#bikeweek
#motosikal
#TMM2024
#VisitMelaka2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

21 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy