37 Koleksi Kenderaan Klasik Diraja Johor Jadi Tarikan Di MITC

16 Jun – Sebanyak 37 aset kenderaan klasik Diraja Johor menjadi antara tarikan pada pameran khas di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor itu diadakan bersempena Malaysia Bike Week Melaka 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 Jun lalu.

Antara koleksi yang menjadi tumpuan adalah seperti Mack Truck Scorpion, Morgan 3 Wheeler dan HD Street Glide Tiger.

Selain itu, pengunjung juga tertarik dengan koleksi dua buah kereta Proton Saga edisi pertama negara dengan nombor plat Proton 1 dan Proton 2.

Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv

#kenderaanautomotifklasikdirajajohor
#diraja
#agong
#DaulatTuanku
#kenderaan
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

54 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy