Ketua Menteri Terima Kunjung Hormat Fan Bingbing

14 Jun – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, menerima kunjung hormat daripada selebriti antarabangsa, Fan Bingbing yang dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Fan Bingbing yang datang berkebaya nyonya berwarna merah jambu bersama delegasinya tiba di Seri Negeri kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu, difahamkan Ab Rauf dan Fan Bingbing mengadakan perbincangan dan saling bertukar pandangan mengenai bentuk promosi merancakkan lagi sektor pelancongan Negeri Melaka.

Beliau yang ditemui selepas kunjungan hormat itu turut berkata, selebriti tersebut akan bersungguh-sungguh mempromosikan pelancongan Melaka di peringkat antarabangsa sempena TMM 2024.

“Saya menjangkakan kehadiran beliau ini mempromosikan kawasan-kawasan menarik di negeri ini nanti sekali gus akan menarik pelancong dari China datang Malaysia,” katanya.

Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv

#fanbingbing
#dutapelanconganmelaka
#duta
#pelancongan
#VisitMelaka2024
#TMM2024
#melaka
#ManaLagiMelakaLer
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

21 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy