Agong Berkenan Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

14 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli pada Majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim, Kampung Ayer Hitam Pantai, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di masjid berkenaan pada jam 1.03 tengah hari disambut Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Pada majlis itu, Sultan Ibrahim yang memakai sepersalinan baju melayu Johor berwarna kuning lembut diiringi kenamaan lain ke pintu masuk utama masjid berkenaan.

Alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW mengiringi majlis itu sebelum Seri Paduka Baginda mencemar duli menandatangani plak sebagai simbolik pemasyhuran masjid tersebut.

Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan kit makanan kepada asnaf menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv

#Agong
#FanBingbing
#DaulatTuanku
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

14 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy