Ketua Menteri Tinjau Persiapan Sambut Agong di Masjid Sultan Ibrahim

12 Jun – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meninjau persiapan menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Masjid Sultan Ibrahim di Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah hari ini.

Perkara itu demi memastikan keberangkatan Seri Paduka Baginda memasyhurkan Masjid Sultan Ibrahim yang dahulunya dikenali sebagai Majis Jannatul Bahri pada 14 Jun ini berjalan lancar dan teratur.

Pada sesi lawatan kira-kira jam 10 pagi tadi, Ab Rauf berkesempatan menyaksikan sesi raptai dikendalikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan kariah masjid bagi memastikan majlis tersebut berjalan lancar.

Masjid yang dibina pada tahun 2021 ini boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah pada satu-satu masa ini mengukir detik bersejarah negara apabila menjadi masjid pertama dalam negara dimasyhurkan sempena nama baginda selepas ditabalkan Yang di Pertuan Agong ke-17.

Ikuti kami di Telegram :
https://t.me/melakatv 

#MasjidJannatulBahri
#MasjidSultanIbrahim
#MasjidTanah
#TanjungBidara
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

153 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy