2 Jun – Program Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ yang diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan disifatkan sebagai idea ‘luar kotak’ bagi merancakkan pelancongan negeri ini.
Ia dibuktikan menerusi reaksi positif diterima pada hari pertama program tersebut yang mendapat sambutan hebat daripada lebih 30,000 pengunjung dan pelancong, malam tadi.
Bagi anak Melaka, Muhammad Syukri Mokhtar, 37 berkata, dia berbangga menyaksikan Melaka kini semakin dikerumuni pengunjung dari seluruh negara apatah lagi dengan penganjuran Bila Larut Malam yang menjadikan pelancongan di kawasan bandar tetap rancak biarpun sehingga lewat malam.
🎥 Aufa ‘Izzati
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#MelakaNightlife
#BilaLarutMalam
#VisitMelaka2024
#TMM2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV