18 Mei – Zakat Melaka berjaya mengutip RM66.9 juta bayaran zakat setakat Mei tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu RM63.7 juta.
Katanya, peningkatan yang ditunjukkan itu memberi gambaran bahawa kesedaran membayar zakat dalam kalangan masyarakat di negeri ini semakin meluas.
“Kesedaran ini dapat dilihat menerusi kutipan bayaran Zakat Fitrah yang menunjukkan peningkatan sebanyak 7.41 peratus berbanding tahun lalu.
“Besar harapan saya agar Zakat Melaka terus komited dan berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan kutipan zakat dari semasa ke semasa untuk dimanfaatkan dan diagihkan sepenuhnya kepada golongan asnaf yang berhak,” katanya.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#ZakatMelaka
#Zakat
#MAIM
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV