Masalah disiplin remaja antara cabaran utama dihadapi kaum ibu

12 Mei – Masalah dispilin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu dalam mengharungi zaman moden dan pesat membangun, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Jelasnya, ia bukan sesuatu perkara yang mudah kerana pelbagai cabaran dan dugaan harus ditempuhi dalam usaha membesar, mendidik dan membentuk sahsiah diri anak-anak.

“Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) yang dijalankan LPPKN menunjukkan masalah disiplin remaja adalah antara tiga cabaran utama yang dihadapi ibu, diikuti pendidikan anak dan perbelanjaan keperluan keluarga,” katanya.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#HariIbu
#SelamatHariIbu
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy