Kembalikan Kegemilangan Pelayaran Laksamana Cheng Ho

11 Mei – Kerajaan Negeri sedang berunding untuk menjadikan kapal layar tradisional China terbesar di dunia ‘Fu Ning’ sebagai tarikan utama pada Sambutan Ulang Tahun Diplomatik ke-50 Malaysia-China akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu sedang dalam perbincangan antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Luar Negeri.

Jelas beliau, kapal tersebut merupakan replika kapal yang pernah digunakan oleh Laksamana Cheng Ho sejak 600 tahun dahulu.

Kapal Fu Ning yang mempunyai dua tiang layar sepanjang 41.6 meter dan lebar 12 meter itu, telah memulakan pelayarannya dari Guangzhou, China sejak Januari lalu dengan melalui laluan sutera iaitu laluan perdagangan yang pernah digunakan Laksamana Cheng Ho.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#ChengHo
#KapalFuNing
#FuNing
#TanjungBruas
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy