10 Mei – Jawatankuasa Cantasan Pokok ditubuhkan sebagai langkah drastik jangka panjang Kerajaan Negeri bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sebagaimana insiden pokok tumbang yang meragut nyawa di Ibu Negara, Selasa lalu.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata tindakan menubuhkan jawatankuasa itu diambil susulan insiden pokok ru tumbang yang menimpa seorang ibu dan bayi lelakinya sehingga anaknya terkorban dua tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, keindahan landskap di negeri ini turut diberi perhatian di mana kesemua empat pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam Negeri Melaka akan mempamerkan kreativiti masing-masing menerusi program Everlasting Blooms Jun depan.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#pokoktumbang
#pbt
#everlastingblooms
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV