7 Mei – Pembukaan semula Panggung Bangsawan dilihat dapat memperkasakan lagi nilai seni dan budaya, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Katanya, Panggung Bangsawan juga berupaya mengangkat seni dan budaya bangsa menerusi persembahan di lokasi yang berprestij seterusnya menjadi daya tarikan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Selain itu, katanya pelbagai program dan pengisian acara berprestij yang bertaraf antarabangsa sudah disusun menerusi kerjasama daripada beberapa syarikat produksi tersohor menerusi tujuh konsep persembahan sepanjang tahun ini.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#PanggungBangsawan
#TMM2024
#MCORP
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV