Op Khas Pemotongan Bekalan Elektrik Premis Perjudian

2 Mei – Syabas buat Polis Melaka yang sentiasa komited banteras Premis Perjudian di seluruh negeri ini dan menerusi Op Khas Pemotongan Bekalan Elektrik.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 15 buah premis yang terlibat dengan aktiviti perjudian atas talian telah diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik.

Menerusi Op Khas yang diadakan bermula 29 sehingga 30 April 2024, Polis Melaka bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka
telah mengambil tindakan tersebut mengikut seksyen 21(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#PolisMelaka
#PemotonganElektrik
#TNB
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy