Kehilangan Besar Buat Penjawat Awam – KM

19 April – Pemergian Allahyarham Datuk Wira Zaidi Johari, hari ini disifatkan sebagai suatu kehilangan besar buat penjawat awam Negeri Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, mengenali Allahyarham yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri, beliau seorang yang berdedikasi dalam melaksanakan segala dasar-dasar kerajaan.

Katanya, beliau sebak dan terkejut menerima berita pemergian Allahyarham yang tidak menunjukkan isyarat bahkan tetap menjalankan tugas dengan baik sehingga malam tadi.

🎥 Aufa ‘Izzati

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#AlFatihah
#KerajaanNegeriMelaka
#SetiausahaKerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy