18 April – Persembahan kugiran mengalunkan muzik retro menghidupkan lagi suasana Jamuan Temasya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu bertemakan 60-an, berlangsung di Japerun Pengkalan batu, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata, pemilihan tema 60-an bertujuan mengimbau kenangan dulu-dulu dan menghiburkan penonton yang hadir.
Program itu semalam turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman serta Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#PengkalanBatu
#RumahTerbukaAidilfitri
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV