Suburkan Hubungan Diplomatik Malaysia-China
16 April – Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Luar (CPAFFC) mengadakan kunjung hormat terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia- China di Seri Negeri, hari ini.
Kunjung hormat itu diketuai Presiden CPAFFC, Yang Wanming bersama Timbalan Pengarah Jabatan Asia Timur CPAFFC, Zhang Xiaoping, Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Datuk Abdul Majid Ahmad Khan dan Timbalan Setiausaha PPMC, Ng Chin Long.
Dalam kunjungan itu, Ab Rauf dan Wanming berkongsi pandangan dan idea mengenai pembangunan projek-projek yang telah dilaksanakan di Negeri Melaka menerusi kerjasama yang terjalin sebelum ini.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#KerajaanNegeriMelaka
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#Pelaburan
#Melaka
#China
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV