2 April – Sungai Kesang bakal menjadi lokasi pelancongan Gerbang Selatan dengan mewujudkan Melaka River Cruise (MRC) ketiga di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia bagaimanapun akan melalui kajian di sungai berkenaan terlebih dahulu bagi melihat kesesuaiannya untuk diperkenalkan kepada pelancong.
Jelasnya, usaha pewujudan tarikan di belah Selatan itu melibatkan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#SungaiKesang
#RiverCruise
#MelakaRiverCruise
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV