Rumah Terbuka Tahun Baru Cina : Melaka Ketengah Konsep Mesra Penjaja

23 Februari – Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka 2024 mengetengahkan konsep ‘mesra penjaja’.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sambutan julung kali diadakan di Jonker Walk membuktikan kelainan apabila ia tidak lagi menampilkan tema berbentuk jamuan, sebaliknya memperkenalkan pengagihan kupon kepada orang ramai.

Menurut beliau, kupon bernilai RM15 itu diberikan kepada 10,000 pengunjung terawal yang mana mereka boleh membelanjakannya di gerai-gerai yang terdapat di sepanjang Jonker Walk, semalam.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TahunBaruCina
#ChineseNewYear2024
#TBC2024
#JonkerWalk
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy