TMM 2024: Melaka Sasar 50,000 Pelancong Melalui Jalan Laut

5 Januari – Kerajaan Negeri Melaka menyasarkan seramai 50,000 pelancong luar negara yang akan berkunjung ke Melaka menerusi jalan laut bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, jumlah itu adalah membabitkan pelancong yang datang menerusi kapal persiaran yang berlabuh di Melaka.

Menurut beliau, sasaran tersebut disifatkan relevan memandangkan berdasarkan data pada tahun lalu, lebih 64,000 pelancong telah direkodkan melalui pintu masuk jalan laut di negeri ini.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#TMM2024
#KapalPersiaran
#ICQS
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy