29 Disember – Pendakwah Indonesia, Ustaz Muhammad Zaaf Fadlan Rabbani Al-Garamatan menitipkan doa untuk kesejahteraan Negeri Melaka selepas Program Ceramah Agama Perdana ‘Ku Langkah Dengan Bismillah’ di Karnival Islam Antarabangsa Melaka 2023 (KIAM 23′), hari ini.
Pegawai Tugas-Tugas Khas Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, penganjuran program yang diadakan sepanjang karnival tersebut diyakini akan mendapat perhatian serta dikunjungi ramai.
“Untuk dua hari ini sehingga tengah hari, kita anggarkan kira-kira 20,000 orang sudah mengunjungi karnival ini untuk mengikuti program yang sudah disusun atur termasuk meluangkan masa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan yang turut disediakan,” katanya.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#KIAM23
#karnivalislamantarabangsamelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV