29 Disember – Peserta hafazan Al-quran Negeri Melaka yang terpilih dan melepasi saringan akan ditempatkan di Akademi Tahsin dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi memberi bimbangan sebelum bermulanya peringkat akhir.
Pengarah Program Karnival Islamik Antarabangsa Melaka 2023 (KIAM ’23) Murad Ahmat berkata, bersempena penganjuran karnival ini turut diadakan saringan peserta hafazan yang dijalankan selama dua hari bermula semalam bagi memililh individu yang layak untuk dimasukkan ke Akademi Tahsin.
“Selama dua hari pencarian diadakan seramai kira-kira 125 peserta hadir untuk sesi saringan bagi kesemua kategori dipertandingan. Mereka yang hadir adalah secara individu atau menerusi tahfiz berusia antara lapan hingga 25 tahun,” katanya.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#KIAM23
#karnivalislamantarabangsamelaka
#AkademiTahsin
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV