50 Peserta Ijtimak Murabbi Terima Sijil Tauliah

28 Disember – Seramai 50 peserta Program Ijtimak Murabbi Pemegang Tauliah Negeri Melaka menerima sijil pentauliahan masing-masing pada program berlangsung sempena Karnival Islamik Antarabangsa Melaka Tahun 2023 (KIAM ’23) di Stadium Hang Jebat, hari ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata sijil pentauliahan tersebut diberikan kepada peserta yang lulus temuduga, sekali gus melayakkan mereka untuk mengajar dalam bidang agama di Melaka.

Karnival Islam Antarabangsa Melaka 2023 (KIAM 23′) akan berlangsung selama lima hari bermula Khamis ini, 28 Disember (hari ini) hingga 1 Januari di Stadium Hang Jebat dari 8.30 pagi hingga 11.30 malam.

Pelbagai pengisian ditampilkan antaranya bacaan al-Quran 24 jam tanpa henti, Ijtimak Murabbi, Forum Perdana, Pertandingan Kompang Kreatif, Majlis Khatam Al Quran, Bandaraya Melaka Berselawat, Kursus Pra Perkahwinan Islam Rahmah Perdana, Majlis Khatam al-Quran Perdana dan ditutup dengan sesi cabutan bertuah.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#KIAM23
#KarnivalIslamAntarabangsaMelaka2023
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

0 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy