18 September – Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam hadir merasmikan Program Kepimpinan Anak Muda Melaka anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dalam siri jelajahnya ke negeri-negeri bagi menyantuni pelajar asnaf serta tidak berkemampuan.
Seramai 2,000 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar UTeM, pensyarah muda dan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari seluruh Melaka menyertai program tersebut selain seramai lebih 600 pelajar menerima bantuan awal pendidikan .
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#Bantuan
#Persekolahan
#PRIHATIN
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV