25 Julai – Pasukan hoki Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota menerima penajaan RM10,000 sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menyertai Kejohanan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2023.
Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan TNB dan Penyerahan Jersi Pasukan Hoki SSN SMK Seri Kota di sekolah tersebut disampaikan Pengurus Besar TNB Melaka, Khairizam Ibrahim sambil disaksikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Ikuti kami di Telegram : https://t.me/melakatv
#TNB
#SSN
#SMKSeriKota
#serikota
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV